Mesir dan Qatar, bersama Amerika Syarikat, bertekad menjayakan rundingan gencatan senjata antara Israel dan Hamas untuk mengakhiri krisis kemanusiaan di Gaza.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Mesir dan kata selaku negara pengantara bersama Amerika Syarikat bertekad menjayakan rundingan gejata-sejata terkini antara Israel dan Hamas sebelum keadaan penduduk Gaza bertambah buruk.
00:11Kedua-dua negara ini menegaskan komitmen terhadap rundingan bagi mengakhiri krisis kemanusiaan ini dengan mewujudkan syarat yang diperlukan untuk mencapai gejata-sejata menyeluruh.
00:20Dalam satu kenyataan bersama, kedua-dua negara menegaskan cubaan untuk mencetuskan perpecahan antara negara-negara yang bersaudara sama ada melalui keraguan, pemalsuan fakta atau penyebaran ketegangan melalui media akan dipastikan tidak berhasil.
00:36Kata kenyataan itu, Mesir dan Qatar sedang bekerjasama dengan Amerika untuk mencapai kesepakatan rundingan ketika kebeluran mula melanda beberapa wilayah di Gaza.
00:45Meskipun Israel sudah mengumumkan akan memulakan serangan tentera yang lebih intensif di Gaza kecuali jika gencatan senjata ditandatangani, Hamas masih berkeras dengan tentutannya dan menyatakan perbincangan itu hanya sia-sia.
00:57Trump dijadualkan tiba di negara Teluk minggu depan untuk perbincangan dengan beberapa keluarga diraja yang berkuasa.
01:04Arab Saudi, salah satu destinasi lawatan Trump pada Rabu, menyuarakan penolakan tegas terhadap rancangan Israel untuk meluaskan serangannya.