Polis Diraja Malaysia merampas lebih 44 kilogram dadah bernilai lebih RM4.6 juta dalam empat serbuan sekitar Lumut, Sitiawan.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Polis di Raja Malaysia PDRM rampas lebih 44 kilogram pelbagai jenis dadah
00:05bernilai lebih 4.6 juta ringgit dalam 4 serbuan sekitar Lumut dan Setiawan pada Isnin dan Selasa.
00:12Ketua Polis Perak Datuk Nur Hisam Nordin berkata,
00:16dalam serbuan itu 4 individu turut diberkas termasuk seorang wanita warga negara Vietnam.
00:23Menurut Nur Hisam, dalam serbuan pertama di sebuah hotel di Setiawan kira-kira jam 5 pagi Isnin,
00:28polis menahan seorang lelaki berumur 29 tahun dan merampas 16 ketulan mampat daun kering dipercayai ganja
00:35seberat 16.6 kilogram yang dianggarkan bernilai RM51,500 di dalam kereta di kawasan tempat meletak kenderaan.
00:44Dalam serbuan kedua pula, kira-kira jam 7.30 malam hari yang sama,
00:48polis menahan seorang lelaki tempatan berumur 28 tahun dan wanita Vietnam berumur 24 tahun
00:53di sebuah rumah di Simpang 3 Setiawan kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.
00:58Hasil pemeriksaan yang dijalankan di rumah tersebut,
01:03pihak polis telah menjumpai dan merampas serbuk di syati dadah jenis MDMA
01:09ataupun XTC,
01:13anggaran berat 15.34 kilogram.
01:17Turut dirampas dalam peralatan yang dipercayai digunakan untuk membungkus dadah.
01:21pihak polis juga telah membuat pemeriksaan sebuah motosikal yang berada di hadapan rumah tersebut
01:27dan menjumpai serbuk di syaki dadah jenis MDMA atau XTC juga,
01:33anggaran berat 237 gram.
01:37Menurut Nur Hisham, dengan dipandu arah kedua-dua suspek kira-kira jam 8.55 malam hari yang sama,
01:42polis menahan seorang lelaki berumur 50 tahun di sebuah pangsa puri di Taman Jati Setiawan
01:47dan merampas serbuk di syaki dadah jenis ketamin,
01:50anggaran berat 114 gram dan 50 biji peliramin lima seberat 13 gram.
01:55Lanjutan daripada itu, katanya polis membuat serbuan susulan di sebuah rumah di desa Manjung Raya, Lumut
02:00yang dipercayai digunakan sebagai tempat pembungkusan serta store penyimpanan dadah
02:05dan merampas serbuk di syaki MDMA,
02:07anggaran berat 11.4 kilogram dan serbuk di syaki dadah jenis ketamin dengan anggaran berat 299 gram.
02:14Suspek pertama di reman tujuh hari dari 5 Mei hingga 11 Mei,
02:18manakala tiga suspek lagi juga di reman seminggu dari 6 Mei hingga 12 Mei depan.
02:24Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
02:28Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
02:32Terima kasih.