Siasatan terhadap serangan asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan Faisal Halim pada Mei tahun lalu telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Siasatan kes serangan asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan Faisal Halim pada Mei tahun lalu telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut NFA.
00:10Menurut peguamnya Nik Zahrib Nik Mustafa, Jabatan Peguam Negara AGC memaklumkan keputusan itu melalui surat bertarikh 18 Februari lalu.
00:18Surat tersebut juga telah menyatakan bahawa pihak PDRM tidak dapat mengesan sebarang petunjuk yang dapat mengaitkan kes ini dengan mana-mana individu sebagai suspek dan segala usaha yang telah dijalankan bagi tujuan tersebut tidak membuahkan hasil.
00:33Nik Zahrib berkata sepanjang siasatan pihak yang telah mengambil langkah proaktif bagi memastikan kes itu mendapat perhatian sewajarnya termasuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis.
00:43Pihaknya juga menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada 18 April lalu serta Kemencian Dalam Negeri untuk mengutamakan kes itu.
00:53Pada 5 Mei 2024, Faisal, pemain sayap Selangor FC, melecur tahap 4 akibat serangan asid dan terpaksa menjalani 4 pemberdahan untuk merawat luka dialami.
01:03Polis sebelum ini memalumkan telah merekodkan kenyataan 23 individu dan 3 suspek telah ditahan.
01:09Bagaimanapun polis memberitahu tiada bukti yang mengaitkan mereka dengan serangan itu.
01:13Terima kasih telah menonton!