Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Menurut Tabung kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Program Makanan Dunia (WFP), ini ekoran kekurangan bekalan kemanusiaan serta halangan penghantaran bantuan.
Transcript
00:00Lebih 60,000 kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan di Upper Nile, Sudan berdepan risiko kesihatan yang merucing.
00:09Tabung kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, UNICEF dan Program Makanan Dunia, WFP dalam kenyataan bersama pada Sabtu berkata,
00:18ini ekoran kekurangan bekalan kemanusiaan serta halangan penghantaran bantuan.
00:23Malah tiada sebarang penghantaran bantuan berjaya menembusi kawasan itu hampir sebulan,
00:30susulan pertempuran yang memuncak di sepanjang Sungai Nil Putih, satu-satunya laluan utama penghantaran bekalan ke negeri berkenaan.
00:37Dalam pada itu, mereka juga menjangkakan bekalan rawatan untuk kes-kes malnutrisi sederhana dan serius akan habis menjelang hujung Mei sekiranya akses kemanusiaan tidak dipulihkan segera.
00:50APNA mencatatkan antara kadar kekurangan zat makanan paling tinggi di South Sudan dengan lebih 300,000 kanak-kanak mengalami masalah malnutrisi sederhana atau serius sepanjang tahun lalu.
01:04Musim hujan dan pertempurannya berterusan akan menyebabkan lebih banyak keluarga dipindahkan, sekaligus meningkatkan risiko penularan penyakit bawaan air dan ketidaktentuan bekalan makanan.

Recommended