Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli, menyatakan rasa pelik terhadap fenomena yang berlaku dalam pemilihan parti kali ini, dikenali sebagai 'kepala tanpa badan'.
Transcript
00:00Baik, kita beralih pula ke perkembangan politik.
00:04Timbalan Presiden PKR, Dato' Sri Rafizi Ramli menyatakan rasa pelik terhadap fenomena yang berlaku dalam pilihan parti kali ini.
00:13Menurutnya ia dikenali sebagai kepala tanpa badan.
00:17Menurutnya fenomena itu pertama kali muncul dalam sejarah PKR apabila jawatan ketua cabang dimenangi individu dari satu kumpulan.
00:25tetapi ahli jawatan kuasa AJK yang lain terdiri daripada orang dari kumpulan berlainan.
00:34Polar itu kata beliau menimbulkan persoalan dan kebimbangan kerana ketua cabang yang dipilih tidak mendapat sokongan sepenuhnya dari keseluruhan AJK di cabang tersebut.
00:45Cuma kali ini, kali pertama dalam sejarah PKR ini saya ingat, kita ada fenomena kepala tanpa badan.
00:54Maksudnya, yang jawatan nombor satu ketua cabang, orang daripada kumpulan ini menang, tapi nombor dua sampai ke bawah itu orang lain menang.
01:06Dan undi itu konsisten.
01:08Kalau yang ini, daripada nombor dua sampai ke bawah itu, undi dia sampai AJK nombor 20 itu dia dapat 800 undi contohnya kan.
01:19Tapi ketua dia yang menguruskan semua ini, tiba-tiba dia hilang 400 undi, dia dapat 400 je.
01:26Dan 400 itu pergi kepada yang seorang lagi, yang kepala, yang tanpa badan tadi.
01:31Tiba-tiba kumpulan dia pula, dia seorang dapat katakanlah 900, tapi orang lain dalam kumpulan dia semua 300.
01:41Kalau dia berlaku di satu dua tempat, dia tidaklah, saya ingat, kita boleh kata dalam bahasa, bahasa maksalid anomali lah.
01:52Itu mungkin lah kepelikan yang hanya unik di situ.
01:57Tapi kalau dia berlaku sampai ke hampir 70-80 cabang, terutamanya pada minggu pertama dan minggu kedua,
02:05fenomena kepala tanpa badan ini, dia sudah tentu akan menimbulkan, ya lah orang tanya lah, kita pun nak faham kenapa jadi macam ini.
02:18Kerana kita tahu akan ada kesan kepada cabang dan parti di kawasan itu.
02:25Menurut Rafi Zee lagi, pola nasional yang muncul selepas beberapa minggu pemilihan turut memberi kesan kepada landscape parti di peringkat nasional.
02:32Tak ada masalah. Kau ingat senangkah aku nak lawan walaun tiap-tiap hari? Letih tau.
02:38Jadi kalau ada orang nak ambil tugas itu saya...

Recommended