Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli menjelaskan bahawa keputusannya untuk bertanding dalam pemilihan parti bukan kerana keinginan peribadi terhadap jawatan, sebaliknya kerana tidak mahu parti itu dilihat dipenuhi 'pak turut' dan tukang ampu''.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Timbalah Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli menjelaskan keputusannya untuk bertanding dalam pemilihan parti bukan kerana keinginan peribadi terhadap jawatan.
00:11Sebaliknya kerana tidak mahu parti itu dilihat dipenuhi dengan pak turut dan tukang ampu.
00:17Menurut Rafizi, budaya dan PKR sejak dahulu dihormati kerana keberanian anggotanya untuk menyuarakan pendapat secara objektif serta menegur perkara yang dirasakan tidak betul tanpa perlu menelan bulat-bulat keputusan kepimpinan.
00:34Ada yang dikutanya, buat apa buang masa? Baik kau tak payah bertanding je lah, dah tahu dah semua.
00:42Pandangan saya begini kan, parti ini kalau sebelum ini dihormati kerana budaya kita yang objektif.
00:55Kita kalau kita rasa perkara itu kita tidak bersetuju, parti ini selalunya akan sebut akan ada pihak yang berkata tidak bersetuju.
01:06Kita hormat proses parti, kita hormat kesatuan parti tetapi kita tidak pernah telan bulat-bulat apa yang disumbat kepada kita.
01:18Kalau kita tak bersetuju, kita cakap tak bersetuju kan.
01:20Jadi sebab itu, kalau saya tidak bertanding contohnya timbalan presiden, walaupun saya sebenarnya tak adalah minat sangat nak jadi menteri ke timbalan presiden sebagainya,
01:32kebimbangan saya ialah dia mengesahkan pandangan umum bahawa keadilan ini banyak pak turut dan juga tukang ampu.
01:42Jadi tak apalah, kalah tak apa.