Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Showcase Satu Daerah Satu industri (SDSI) sempena Program Madani Rakyat (PMR) 2025 di Tawau merupakan satu platfom kepada semua usahawan Perusahaan Kecil Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) untuk memasarkan produk mereka.
Transcript
00:00Sementara itu, showcase satu daerah satu industri sempena program Madani Rakyat PMR 2025 di Tawau merupakan satu platform kepada usahawan perusahaan kecil, mikro dan sederhana untuk memasarkan produk mereka.
00:14Bagi usahawan daging dinding dari beluran Fazlina Jiawul yang mengusahakan makanan daging dinding berasaskan daging lembu sejak 10 tahun lalu, geran RM10,000 yang diterimanya bagi pembungkusan dapat mengembangkan produk berdasarkan makanan laut dan juga ayam.
00:32Oh sebelum ni buat sukat-sukat sejak buat tu. Buat tu masa dalam 2014. Cara kami menyediakan dinding ni untuk daging, kami akan rebus, goreng dan kami akan jemur.
00:49Mungkin itu dia dipanggil dinding lah. Lepas tu ambil gambar, lepas tu post di insta buat macam open order, ambil order begitulah kan.
01:01Tak sangka pula dia punya sambutan tu menggalakkan. Oh dari situ saya cari packaging, saya cari dia punya stiker, dan saya jual-jual begitulah.
01:12Selama saya menjadi usahawan ni, saya ada menerima geran packaging. Anggaran dalam RM10,000.
01:19Kongsinya lagi, sepanjang bergelar usahawan, beliau sudah menyertai beberapa show case yang dianjurkan kerajaan untuk memperkenalkan produknya.
01:27Ya, kami berdaftar dengan SDSI. Kami sudah pernah mengikuti program di SICC, di Penampang.
01:37Kalau biasa pesta keamatan tu di KDCA, kami ada pergi juga. Dan sekarang ni di program Madani Rakyat, di Tawau.
01:49Terima kasihlah kepada kerajaan Madani kerana sentiasa memberi peluang kepada usahawan seperti kami bagi macam bantuan untuk mesin, packaging.
02:02Mungkin selepas ni produk kami boleh dapat sijil halal, insyaAllah satu hari nanti.
02:08Selain itu, Fazlinah turut menggunakan teknologi digital seperti TikTok Shop untuk memperluaskan jualannya dengan harga RM10 hingga RM25 setiap paket.
02:19Berkat kegigihan yang dilakukan Fazlinah, kini produk dending miliknya mampu pergi jauh sehingga ke luar negara.
02:26Kini, Fazlinah mempunyai sebuah bengkel memproses makanan dending dengan dibantu dua orang pekerja.
02:32Terima kasih kerana menonton!

Recommended