Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Gegaran dirasai di beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia petang tadi susulan kejadian gempa bumi sederhana yang berlaku di Utara Sumatera, Indonesia.
Transcript
00:00Kegaran dirasai di beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia petang ahad sesulan gempa bumi sederhana di utara Sumatera, Indonesia.
00:09Menurut Jabatan Meteorologi Mek Malaysia, gempa bumi dengan magnitud 5.9 itu berlaku pada 4.57 petang dengan kedalaman 74km.
00:19Pusat gempa dikesan pada koordinat 3.7 darjah utara dan 97.0 darjah timur iaitu 107km tenggara dari Melabuh, Indonesia.
00:31Tambah kenyataan itu tiada ancaman tsunami kepada Malaysia namun gegaran telah dirasai di kebanyakan kawasan di Pantai Barat Semenanjung.
00:39Mek Malaysia turut meminta orang awam yang merasai gegaran berkenaan untuk mengisi borang soal selidik yang disediakan di pautan di laman web Mek Malaysia.
00:49Terima kasih kerana menonton!

Recommended