Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Selepas kejayaan melakar namanya sebagai pelakon filem di Indonesia, Bront Palarae, 47, terus membanggakan Malaysia di pentas penganugerahan luar negara dengan membawa pulang trofi kemenangan.
Transcript
00:00Selepas kejayaan melakar namanya sebagai pelakon film di Indonesia,
00:05Bron Palare terus membanggakan Malaysia di pentas penganugerahan luar negara
00:10dengan membawa pulang trofi kemenangan.
00:13Bron atau nama sebenarnya Nasrur Suhaimin Saifuddin
00:17merangkul trofi pelakon pembantu terbaik di anugerah Baan Nang Klang Lakhon ke-21 di Thailand.
00:24Berita gembira kemenangannya menerusi film seram The Cursed Land arahan panuari itu
00:32dikongsikan Bron dalam hantaran dibuat di akaun Instagramnya.
00:36Tambah Bron, dia menyifatkan peluang untuk berlakon dalam film Thailand sebagai sebuah mimpi.
00:42Bron turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan The Cursed Land
00:46dan menyifatkan kerja keras semua pihak menjadikan film itu sangat bermakna.
00:51Tulis Bron lagi, dia berharap bawagam Thailand akan menceritakan
00:56lebih banyak lagi cerita mengenai suara-suara kecil
00:59dan kekayaan sejarah masyarakat Melayu di wilayah selatan Thailand.
01:04Difahamkan juga The Cursed Land yang ditayangkan di Thailand pada 11 Julai tahun lalu
01:09turut mendapat tayangan di beberapa festival film antarabangsa berprestij di seluruh dunia.
01:14Terima kasih telah menonton!

Recommended