Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Polis mengesahkan seorang guru berusia 47 tahun mengalami kerugian RM511,000 selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian baru-baru ini.
Transcript
00:00Polis sahkan seorang guru berusia 47 tahun mengalami kerugian RM511,000 selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian baru-baru ini.
00:13Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu yang memaklumkan dia diperdaya sindiket terbabit.
00:23Katanya, mangsa memaklumkan dia melihat satu iklan pelaburan berkonsep dan jual-beli saham melalui aplikasi Facebook pada Februari lepas.
00:35Dia mula berhubung dengan suspek di aplikasi WhatsApp sebelum dimasukkan ke dalam kumpulan pelaburan itu.
00:41Dalam kumpulan itu, mangsa diberi penerangan secara terperinci mengenai pelaburan ditawarkan dan tertarik untuk melabur kerana ia menjanjikan keuntungan tinggi daripada wang modal yang dilaburkan dalam masa singkat.
00:55Mangsa kemudian minta memuat turun satu aplikasi melalui pautan yang diberikan untuk mendaftarkan keahlian, seterusnya membuat 12 transaksi ketiga akaun bank berbeza.
01:05Beliau berkata, mangsa menyedari dirinya diperdaya sindiket itu selepas gagal mengeluarkan wang modal dan keuntungan melalui pautan yang diberikan dan tampil membuat laporan polis.
01:17Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Recommended