• 5 months ago
Efforts to safeguard the university application process by upgrading the data systems of private schools not under the Education Ministry's purview are being carried out, says Fadhlina Sidek.

The Education Minister told the Dewan Rakyat on Thursday (July 11) this was important to ensure that these institutions' data controls are similar to those of schools under the ministry.

Read more at https://tinyurl.com/mwdvnnk9

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline
Transcript
00:00Kementerian Pendidikan Malaysia bertanggungjawab dalam memastikan data bagi skor PAJSK murid lepasan SPM di semua sekolah di bawah KPM dan semua sekolah swasta dan luar KPM yang berdaftar dengan KPM dapat disalurkan kepada pihak Kementerian.
00:17Pengajian tinggi setiap tahun bagi tujuan tawaran penempatan murid ke Institut Pengajian Tinggi Awam.
00:23Memandangkan merit 10% bagi skor PAJSK murid merupakan syarat kemasukan ke IPTA,
00:31ininya penting bagi menentukan peluang murid mendapat tawaran penempatan berdasarkan merit yang ditentukan oleh Unit Pusat Universiti UPU,
00:39begitu juga dengan permohonan kemasukan murid ke sekolah berasrama penuh.
00:43Pengumpulan dan penyaluran data skor PAJSK murid sekolah swasta dan luar KPM yang diperkenalkan pada tahun 2005, sebelum ini menggunakan sistem aplikasi pangkalan data murid, APDM.
00:55Pengisian data skor PAJSK murid adalah melalui akses bautan terus ke dalam sistem APDM yang disalurkan oleh JPN kepada sekolah luar KPM yang berdaftar dengan KPM.
01:08Namun bagi sesi persekolahan 2023-2024, KPM telah membangunkan sebuah sistem yang bersepadu yang dikenali sebagai pengurusan pentaksiran bersepadu MOIS
01:20yang digunakan sepenuhnya bagi mengurus data skor PAJSK di sekolah-sekolah Kementerian Aplikasi Malaysia.
01:28KPM yang berhormat membangunkan MOIS ini, sistem ini bagi memastikan kawalan dan integriti data agar selamat dan tidak mudah dicerobohi dan sistem ini bertujuan untuk pentadbiran maklumat sekolah KPM.
01:42Saya jelaskan sedikit yang berhormat, sebelum ini, semasa kita menggunakan sistem APDM, kita tidak ada kawalan yang berhormat kepada integriti data.
01:51Jadi kita bangunkan sebuah sistem yang bersepadu, ada integrasi bagi memastikan kawalan dan data ini tidak mudah dicerobohi dan kita dapat kawal data ini sepenuhnya khususnya untuk sekolah-sekolah di bawah KPM.
02:05Subungan dengan itu, bagi sekolah di bawah selain daripada pentadbiran KPM, laporan dan pengumpulan skor PAJSK murid perlu dikemukakan secara offline melalui template seragam yang telah disediakan oleh KPM untuk dihantar kepada bahagian kemasukan pelajar IPTA Kementerian Pengajian Tinggi bagi tujuan tawaran ke IPTA.
02:26Dari perubahan sistem semasa ini, KPM telah menyediakan template seragam khusus untuk sekolah swasta dan luar KPM yang perlu diisi dan dikemukakan secara offline bagi memastikan skor PAJSK murid sekolah swasta dapat disediakan dan disalurkan kepada bahagian kemasukan pelajar IPTA dan KPT bagi tujuan penawaran penempatan ke IPTA.
02:50Jadi yang berhormat, buat sementara, sebelum semua data dapat kita integrasikan dalam sistem, sekolah-sekolah selain daripada di bawah KPM ini akan membuat secara offline. Dan walaupun ada isu-isu yang berbangkit, KPM telahpun mengambil semua susul tindak dan kita komited untuk memastikan bahawa semua markah PAJSK anak-anak ini dapat dipenuhi dan tiada kejejiran.
03:18Dalam masa yang sama yang berhormat, KPM sedang memperbaiki dan menambahbaik sistem ini, integrasi data ini di sekolah swasta dan di luar KPM dan inisiatif tindakan ini akan menambahbaik kaedah pengumpulan dan penyaluran data skor PAJSK murid sekolah swasta dan luar KPM dengan menyediakan akses perekodan data PAJSK yang sama seperti sekolah bawah KPM.
03:40Selain itu, KPM juga telah bekerjasama dengan pihak KPT bagi menyalurkan data skor PAJSK agar isu ini tidak lagi berbangkit di masa hadapan. Jaminan yang saya akan beri pada yang berhormat berdasarkan soalan ini adalah tiada murid yang terkicir daripada data kita untuk masuk ke universiti. Terima kasih.

Recommended