Beberapa negara Asia telah memulakan kunjungan rasmi ke Washington bagi mengadakan sesi rundingan dengan Amerika Syarikat berhubung isu tarif perdagangan.
Delegasi Malaysia diketuai oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, yang mengetuai perbincangan strategik dalam usaha melindungi kepentingan eksport negara.
Wartawan Astro AWANI, Syaf Shukri, kini berada di Washington bagi membuat liputan eksklusif bersama delegasi Malaysia.
Delegasi Malaysia diketuai oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, yang mengetuai perbincangan strategik dalam usaha melindungi kepentingan eksport negara.
Wartawan Astro AWANI, Syaf Shukri, kini berada di Washington bagi membuat liputan eksklusif bersama delegasi Malaysia.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Salam sejahtera, anda sedang menyaksikan niaga awani bersama Sayyidina Rozman dan kita akan mulakan dengan perkembangan di peringkat antarabangsa dengan negara Asia mula berkunjung di Washington bagi memulakan sesi rundingan bersama Amerika Syarikat Soal Tarif.
00:14Delegasi Malaysia diketuai Menteri Pelaburan Pelagangan dan Industri MITI Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Rakyat Sugas Syaf Syukri kini berada di Washington bersama-sama delegasi Malaysia. Silakan Syaf.
00:30Baik, terima kasih Nina di Bukit Jalil. Saya kini berada di Kedutaan Malaysia di Washington DC. Seperti saya laporkan ketika saya melakukan transit selama 4 jam di Dubai semalam, kita memberi perincian lanjut mengenai situasi semasa susulan daripada pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada awal-awal lalu, susulan daripada pengumuman beliau yang mengumumkan tarif timbal balas kepada beberapa negara dan Malaysia antara salah satu negara yang terkesan dengan 24%.
00:55Dan saya juga melaporkan bahawa Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengetuai delegasi Malaysia untuk ke Amerika Syarikat untuk bertemu secara spesifiknya dengan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat USTR, Jameson Gria dan beberapa pihak berkepentingan lain berkenaan dengan isu tarif timbal balik ini.
01:17Saya tak nak cakap banyak kerana bersama saya ialah orang kuat yang mengetuai delegasi Malaysia sendiri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
01:22Assalamualaikum Datuk Seri.
01:24Waalaikumsalam, apa khabar?
01:25Kabar baik Alhamdulillah Datuk Seri. Nampak fresh lagi untuk waktu dan jam ini Datuk Seri.
01:29Datuk Seri, saya difahamkan untuk hari ini hari pertama beberapa pertemuan telahpun dijalankan antaranya pertemuan dengan Jabatan Negara Amerika Syarikat dan juga pihak Google sendiri.
01:39Jadi Datuk Seri mewakili negara dalam beberapa pertemuan hari ini dan juga hari-hari mendatang sehingga 24 hari bulan.
01:46Jadi apa antara suara yang Datuk Seri bawakan, suara Malaysia yang Datuk Seri bawakan dalam setiap pertemuan ini Datuk Seri?
01:52Terima kasih. Alhamdulillah kita telah selamat tiba di Washington.
01:56Kita dalam pertemuan pada hari ini, kita dah lima mesyuarat bersama-sama dengan contohnya The U.S. State Department.
02:05Kita berjumpa dengan Ambassador Walsh mengenai isu-isu berkaitan dengan ASEAN dan APEC.
02:11Dan pada masa yang sama seperti sebelum tadi, kita berjumpa juga dengan beberapa syarikat, contohnya Google dan kita juga berjumpa dengan Think Tank untuk mendapat pendapat-pendapat syarikat-syarikat mengenai isu tarif ini.
02:26Dan juga pendapat-pendapat pemikir ataupun agensi Think Tank ini mengenai isu-isu yang berkaitan dengan tarif dan juga perdagangan dan pelaburan.
02:37InsyaAllah seperti sebelum tadi, hari Kamis ini kita akan berjumpa dengan Ambassador Greer, James Greer iaitu U.S. Trade Representative ataupun Wakil Perdagangan AS.
02:50dan Alhamdulillah saya juga telah dimaklumkan yang kita pun juga mungkin dapat berjumpa juga dengan Secretary of Commerce, Lutnik pada masa yang pada hari Kamis juga.
03:03Dato' Sri, saya nak tanya juga Dato' Sri, saya ada baca laporan sebelum kedatangan Dato' Sri ke Washington ini.
03:09Bagaimana Dato' Sri nak menggunakan formula ataupun strategi membawa nama Malaysia ini dalam merancang meyakinkan pihak Amerika Syarikat dan juga Washington khususnya
03:18bahawa kedudukan Malaysia dalam rantai yang bekalan global ini tidak memberi ancaman secara langsung kepada Amerika Syarikat, Dato' Sri?
03:26Kalau kita lihat, Malaysia dan Amerika Syarikat memerlukan satu groundingan yang baik dari segi pelaburan dan perdagangan.
03:37Dan yang disebut tadi juga rantai yang bekalan.
03:39terutamanya dalam sektor E&E, sektor semiconductor, di mana banyak syarikat-syarikat Amerika Syarikat yang lokasinya di seluruh dunia termasuk Malaysia
03:52menggunakan Malaysia sebagai hub untuk ekspor kembali kepada Amerika Syarikat untuk finish goods.
04:01Kita buat dari segi terminologinya, intermediate goods dan sampai ke Amerika Syarikat, produk itu akan disempurnakan.
04:10Jadi, kita dalam rantai yang bekalan ini, kita ingin meyakinkan pihak Amerika Syarikat bahawa Malaysia dan Amerika Syarikat ini,
04:18dia complement each other, bukannya kita competing bagi each other.
04:23dan apa yang kita dapat manfaat di Malaysia dapat juga diberikan manfaat itu kepada syarikat-syarikat di Amerika Syarikat.
04:33Dato' Sri, ini mungkin yang terakhir, Dato' Sri, kita mengambil kira juga tempoh penangguhan 90 hari sebelum tarif ini dilaksanakan oleh Presiden Amerika Syarikat
04:41di bawah pentadbiran Donald Trump ini.
04:42Jadi, apa harapan Malaysia secara kolektifnya tentang mungkin akan ada perubahan dasar oleh pihak pentadbiran Trump sendiri
04:49melihat kepada tempoh 90 hari ini, walaupun tempohnya tidak panjang, Dato' Sri?
04:52dan ia mungkin memberi kesan yang, orang kata, signifikan sekiranya ia dilaksanakan, Dato' Sri?
04:58Ya, 90 hari itu tempohnya tak panjang dan pada masa yang sama, banyak lagi negara lain yang juga terkesan.
05:05Jadi, Amerika Syarikat perlu berunding dengan begitu banyak negara, termasuklah Malaysia, dalam tempoh yang begitu singkat.
05:12Pada masa yang sama, kita telah datang sini awal untuk memberi keyakinan kepada Amerika Syarikat yang we are ready lah to engage.
05:20Proses ini, dalam pertemuan saya, dalam dua, tiga hari ini, kita tidak akan dapat memutamakan apa-apa perjanjian.
05:29Ini adalah titik permulaan kita bersama-sama dengan pasukan daripada Malaysia yang akan membuat perundingan dengan pihak Amerika Syarikat.
05:39harapan kita ialah supaya industri kita, peng-export-peng-export kita tidak terkesan dengan tarif yang tinggi.
05:49dan saya percaya, saya percaya dan kerana kolaborasi di antara Malaysia dan Amerika Syarikat ini dah selama 50 tahun,
06:00dah 50 tahun, kita dapat meyakinkan, kita pelaburan dan perdagangan di antara dua hala di antara Malaysia dan Amerika Syarikat ini adalah win-win lah untuk kedua-dua negara.
06:11Terima kasih Datuk Seri atas perkongsian tersebut. Terima kasih Datuk Seri.
06:16Dan itu tadi, perincian ringkas bersama saya sebentar tadi bersama dengan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri,
06:23Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
06:25Dan esok, insyaAllah, saya akan bawakan perbincangan lebih panjang.
06:27Kita nak melihat skop yang lebih panjang kepada perbincangan membentuk kepada peranan Malaysia selaku pengurusia ASEAN
06:33dalam membincangkan isu tarif ini dan bagaimana kita boleh mempertingkatkan pelaburan intra-ASEAN dan juga pasaran baru yang berkemungkinan boleh diteroka oleh Malaysia
06:42sekiranya Donald Trump akan terus merealisasikan tarif timbal balik yang diumumkan pada awal April lalu.
06:50Dan itu semua akan kami bawakan esok sepenuhnya dengan beberapa perkara penting ataupun agenda-agenda penting yang telah pun diatur
06:56untuk sepanjang delegasi Malaysia yang diketahui oleh Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berada di Washington DC
07:02untuk mengadakan pertemuan dengan pemain-pemain industri dan pihak-pihak berkepentingan utama susulan daripada pengumuman tarif timbal balik oleh Presiden Trump sebelum ini.
07:11Dan saya rasa sekian untuk waktu dan jam ini. Saya kembali semula bersama rakan setugas Nina di Bukit Jalil. Nina?
07:18Baik, terima kasih Syaf Syukri. Sudah itu, itu adalah antara perkembangan yang terkini kalau kita lihat di Washington DC
07:24di mana Syaf berada bersama delegasi Malaysia untuk menyaksikan saat penting bagaimanakah rundingan Malaysia bersama Amerika Syarikat
07:32mengenai rundingan tarif Amerika Syarikat.
07:34Setelah tentu, Syaf akan berada di sana bersama juru kamera FAMI untuk membawakan perkembangan dari semasa ke semasa
07:40untuk kita melihat bagaimanakah rundingan Malaysia bersama Amerika Syarikat berkenaan dengan tarif tersebut.