Menurut laporan terbaharu Indeks Harga Pengguna (IHP) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini, mata indeks IHP bagi Mac 2025 direkodkan pada 134.1 berbanding 132.2 pada bulan yang sama tahun lalu.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kadar inflasi Malaysia mencatatkan peningkatan perlahan sebanyak 1.4% pada Mac 2025.
00:06Menurut laporan terbaru indeks harga pengguna IHP yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia DOSEM hari ini,
00:13mata indeks IHP bagi Mac 2025 direkodkan pada 134.1% berbanding 132.2% pada bulan yang sama tahun lalu.
00:23Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr. Muhammad Uzi Mahidin menjelaskan peningkatan inflasi didorong kenaikan sederhana dalam beberapa kumpulan perbelanjaan utama
00:33seperti penjagaan diri, pelindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan 3.6%, restoran dan perkhidmatan penginapan 2.9%,
00:42serta perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain 1.9%.
00:47Kumpulan makanan dan minuman yang berangkumi hampir 30% daripada keseluruhan wajaran IHP kekal sebagai penyumbang utama kepada inflasi meningkat sebanyak 2.5%.
00:57Subkumpulan makanan di rumah mencatatkan peningkatan 0.6% dipacu oleh kenaikan harga ikan siakap 10.6%, sotong 6.7% dan ikan selayang 1.4%.
01:08Harga santan turut melujak tinggi disebabkan bekalan kelapa yang terhad di pasaran tempatan dan global.
01:13Santan segar meningkat sebanyak 29.4% manakala santan segera naik 11.7%.
01:20Sebagai langkah intervensi, farmer telah mengimport lebih 1,000 ton kelapa tua bernilai 2.42 juta ringgit sepanjang Ramadan dan Aidilfitri.
01:29Bagaimanapun, beberapa item makanan lain seperti susu segar, telur dan sayur-sayuran menunjukkan tren penurunan.
01:34Susu segar turun 2.4% manakala harga telur jatuh 3.4%.
01:39Penurunan juga dicatatkan dalam harga bawang merah besar negatif 18.0% dan tomato negatif 4.7%.