Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Sebanyak RM1.19 bilion diagihkan kepada lebih 370,000 penerima zakat asnaf di seluruh Selangor.
Transcript
00:00Lembaga Zakat Selangor LZS mencatatkan kutipan zakat tertinggi dalam sejarah penubuhan iaitu mencacah 1.22 bilion ringgit pada tahun 2024, berupakan peningkatan 3% berbanding tahun sebelumnya pada 1.15 bilion ringgit.
00:17Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor Mohd Kaizir Syahari memberitahu sebanyak 1.19 bilion ringgit diagihkan kepada lebih 370,000 penerima zakat asnaf di seluruh Selangor terdiri daripada 8 kategori.
00:34Kategori asnaf fakir dan miskin menerima agihan tertinggi berjumlah RM707 juta iaitu 60% daripada jumlah keseluruhan agihan zakat.
00:44Ia mencerminkan fokus berterusan LZS terhadap kelompok paling memerlukan di Selangor.
00:51Belia berkata demikian pada sidang media pengumuman prestasi kutipan dan agihan zakat di Menara Zakat Sultan Idris Syah Syah Alam pada Rabu.
01:00Zakat pendapatan kekal sebagai penyumbang utama berjumlah RM712 juta atau 58% daripada keseluruhan kutipan.
01:09Diikuti zakat perniagaan RM199 juta, zakat simpanan RM130 juta, zakat harta RM70 juta dan zakat fitrah RM41 juta.
01:21Daripada jumlah keseluruhan agihan zakat RM780 juta disalurkan untuk pembangunan sosial termasuk bantuan keuangan bulanan, sewaan rumah, pembinaan dan baik pulih kediaman serta rawatan perubatan kritikal dan dialisis.
01:40Potongan gaji terus menjadi saluran pembayaran tertinggi dengan kutipan RM546 juta atau 45%.
01:48Terima kasih kerana menonton!

Recommended