Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Penambahbaikan perjanjian perdagangan bebas asean-australia-new zealand yang dimuktamadkan pada isnin lalu dijangka mengukuhkan daya saing malaysia dalam pasaran serantau yang semakin mencabar
Transcript
00:00Nama baikan perjanjian perdagangan bebas ASEAN Australia New Zealand yang dimuktamadkan pada isin lalu dijangka mengukuhkan daya saing Malaysia dalam pasaran surantau yang semakin mencabar.
00:10Ia melibatkan gabungan keluaran dalam negara kasar KDNK melebihi 5.6 triliun dolar Amerika dengan populasi lebih 700 juta orang.
00:17Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Miti menjelaskan Malaysia serta negara anggota ASEAN, Australia dan New Zealand menyambut baik penambahbaikan itu untuk memajukan integrasi ekonomi yang inklusif berdaya tahan dan mampan.
00:33Protokol kedua dijangka mengurangkan kos transaksi, menyokong pendigitalan perdagangan, meningkatkan daya tahan rantaian bekalan dan membuka peluang baharu dalam perdagangan serta pelaburan mampan.
00:45Berdasarkan protokol ini, perjanjian ditambahbaik yang berhentas 13 bab sedia ada termasuk peraturan asal, prosedur kustom dan pemudahan perdagangan, persaingan serta perdagangan elektronik.
00:58Ia juga termasuk bab baharu mengenai perdagangan dan pembangunan mampan, perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta pemerolehan kerajaan.
01:08Malaysia kekakomitet terhadap pelaksanaan penuh dan kesan perjanjian yang ditambahbaik itu.
01:13MITI juga akan terus berkerjasama rapat dengan peserta industri khususnya PMKS.

Recommended