Kabinet Thailand telah bersetuju secara prinsip untuk meminda Akta perniagaan
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kabinet Thailand bersetuju secara prinsip untuk memindah akta perniagaan asing bagi menjadikan negara itu lebih mesra pelabur.
00:06Suruhanjaya Reformasi Undang-Undang telah menggesa agar Undang-Undang yang berusia 25 tahun itu dikemas kini kerana dianggap terlalu melindungi perusahaan tempatan dan tidak lagi sesuai dengan keadaan ekonomi semasa.
00:18Menurut Timbalan Jurucakap Kerajaan Karompol Ponklang, perkara ini amat penting khususnya bagi sektor pemulaan yang memerlukan teknologi baharu dan peningkatan pelaburan daripada sumber asing.
00:31Cadangan untuk memindah undang-undang tersebut juga telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Keuangan, Perdagangan Dalam Negeri dan Buruh selain Majlis Pembangunan Ekonomi dan Sosial Negara serta Lembaga Pelaburan.
00:45Kementerian Keuangan khususnya mencadangkan agar pindaan dibuat dengan segera terhadap bahagian undang-undang yang mengawal jenis perniagaan yang dibenarkan kepada pelabur asing serta peratusan pemilikan saham yang perlu dipegang oleh rakyat tempatan.