TikTok dilaporkan bakal melancarkan platform e-dagang TikTok Shop di Jepun, dengan usaha merekrut penjual sedang giat dijalankan menurut laporan Nikkei.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Platform media sosial China, TikTok dilaporkan akan memasuki industri beli belah dalam talian di Jepun dalam beberapa bulan akan datang menurut laporan Nikke pada Ahad.
00:09Laporan itu menyebut TikTok sedang membuat persiapan untuk merekrut penjual bagi platform TikTok Shop di Jepun berdasarkan maklumat daripada suboperasi yang terlibat.
00:18Langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi global TikTok untuk mengembangkan penegaan e-dagangnya yang telah menunjukkan pertumbuhan pesat di Amerika Syarikat dan Eropah.
00:31Di Eropah, TikTok Shop telah diperkenalkan di negara seperti Perancis, Jerman dan Itali melalui kerjasama dengan perunci utama seperti K4 dan About You.
00:41Di Amerika Syarikat, TikTok Shop dilancarkan secara rasmi pada September 2023 dan mencatatkan jualan signifikan termasuk 100 juta dolar semasa acara Black Friday.
00:52Platform ini memanfaatkan kandungan video pendek serta siaran langsung untuk mempromosikan produk sekaligus menawarkan pengalaman e-dagang yang berbeza daripada pesaing tradisionalnya.
01:03Dengan pelancaran di Jepun, TikTok berhasrat menggabungkan kekuatan kandungan kreatifnya dengan peluang e-dagang untuk menawarkan pengalaman membeli belah interaktif kepada pengguna.