Kemenangan calon BN dalam PRK DUN Ayer Kuning menunjukkan usaha Kerajaan Perpaduan menambat hati pengundi berjaya, menurut Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Berikutnya kemenangan calon barisan nasional BN pada pilihan raya kecil PRK Dewan Undangan Negeri, Dun Air Kuning membuktikan usaha utama kerajaan perpaduan khususnya di Perak berjaya menambat hati pengundi di kawasan tersebut.
00:13Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat PKR, Datuk Fahmi Fadhil, menyatakan peningkatan jumlah undi yang diperoleh calon parti kerajaan merupakan satu tanda positif yang sangat memperangsangkan.
00:24Beliau menegaskan meskipun kemenangan ini memberikan isyarat baik usaha berterusan tetap diperlukan untuk memastikan kemenangan tersebut dapat diperkukuh dalam jangka masa panjang.
00:35Fahmi menambah kempen sihat yang dijalankan kerajaan perpaduan menjadi antara punca utama pengundi di Air Kuning memilih mereka berbeza dengan pendekatan pihak lawan yang mengutarakan topik-topik yang tidak relevan dengan kehendak penduduk.
00:49Menurutnya, parti lawan seperti Perikatan Nasional menggunakan kaedah kempen yang tidak bertepatan dengan cita rasa dan keperluan sebenar pengundi tempatan sekaligus menjejaskan sokongan terhadap mereka.
01:00Beliau juga menyatakan kemenangan ini membuktikan usaha kerajaan perpaduan dan agenda madani perlu diteruskan disamping memberi perhatian kepada perkara yang melibatkan gabungan parti-parti di Sabah yang turut menantikan hala tuju kepimpinan negara.
01:13Kemenangan di Air Kuning membuktikan bahawa usaha pertama kerajaan madani, kedua kerajaan perpaduan di Perak berjaya menambat hati dan memenangi hati para pengundi.
01:34Jumlah majoriti meningkat, malah kita lihat jumlah undi yang diterima oleh pihak lawan juga bagi Perikatan Nasional telah merudung.
01:47Dan daripada 20 daerah mengundi, 19 telah dimenangi oleh kerajaan perpaduan.
01:53Jadi ini satu petanda yang positif namun kita tidak harus leka banyak yang perlu kita usahakan untuk pastikan kemenangan ini boleh diperkukuh.