Ringgit dijangka diniagakan antara RM4.37 hingga RM4.38 minggu ini. Pasaran fokus kepada data utama AS. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat, Dr. Mohd Afzanizam, menjangka penurunan indeks keyakinan pengguna dan indeks pembuatan AS. Ringgit mengakhiri minggu ini pada 4.3705/3770 berbanding dolar AS, meningkat daripada 4.4100/4175 minggu sebelumnya.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Dan sikit berkenaan dengan pergerakan ringgit di mana ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil antara RM4.37 hingga RM4.38 minggu ini berikutan pasaran memfokuskan kepada pelbagai pengumuman data utama Amerika Syarikat.
00:14Dan menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Malam Malaysia Berhad, Dr. Muhammad Afzal Nizam Abdul Rashid berkata, indeks keyakinan pengguna oleh Conference Board di Amerika yang akan dikeluarkan bagi April dijangka memaparkan penurunan kepada 88.5 mata.
00:30Ia susut daripada 92.9 mata pada Mac seperti yang diunjurkan oleh penganalisis dan ini disusuli dengan indeks pembuatan Institut Pengurusan Bekalan ISM yang diunjur menyusut kepada 47.9 mata pada April.
00:46Selain itu, laporan senarai gaji bukan ladang dan inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi Amerika Syarikat akan turut dipantau rapi katanya.
00:54Dan minggu lalu banyak latar penting dikeluarkan dan pasaran akan mencari petunjuk sama ada Rezab Persekutuan atau The Fed mungkin mengurangkan kadar dana Persekutuan dalam masa terdekat.
01:04Dan beliau kekal positif mengenai ringgit memandangkan proses penurunan kadar faedah Amerika semakin mendapat momentum.
01:11Ringgit mengakhiri minggu lalu pada 4.3705 berbanding dolar Amerika meningkat daripada 4.4100 pada minggu sebelumnya.
01:24Terima kasih telah menonton!