Menurut Ketua Ekonomi Bank Muamalat, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, gabungan pelaksanaan dasar fiskal yang bersasar kepada pengeksport dan dasar monetari yang lebih longgar dilihat sebagai langkah penting dalam mengurangkan kesan negatif tarif serta memastikan momentum pertumbuhan negara terus terpelihara dalam persekitaran global yang semakin mencabar.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Pelaksanaan dasar fiskal bersasar kepada pengekspor dan dasar moneteri yang lebih lunggar adalah penting bagi mengurangkan kesan tarif terhadap ekonomi.
00:09Menurut Ketua Ekonomi Bank Mualan Malaysia Dr. Muhammad Afzal Nizam Abdul Rashid, langkah ini akan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia dan mengkalkan momentum pertumbuhan dalam persekitaran global mencabar.
00:20Mungkin akan berbentuk dasar berkenaan cukai, dasar berkenaan grant dan sebagainya ataupun microfinancing yang bertujuan untuk mengurangkan impak daripada kesan tarif.
00:32Dari segi dasar moneteri pula sudah pasti mungkin kita boleh andaikan terdapat keperluan untuk mengurangkan OPR yang sedia ada yang sekarang ini berada pada paras 3%.
00:41Dan kalau kita lihat saranan yang dibuat oleh pihak IMF baru-baru ini juga, mereka ada menyebut tentang keperluan untuk mengurangkan faedah bagi mengurangkan kesan hasil daripada pengenaan tarif tadi.
00:52Jadi mungkin dua dasarnya yang akan digembelingkan untuk mengurangkan impaknya.
00:59Selain itu, Belanjawan 2025 dengan peruntukan terbesar berjumlah RM421 bilion menawarkan peluang penting untuk merangsang ekonomi melalui pelaksanaan pantas program yang telah dirancang.
01:12Program berbentuk tunai wajar disegerakan bagi merancangkan aktiviti ekonomi domestik.
01:17Langkah ini berpotensi mengkalkan momentum pertumbuhan dan bertindak sebagai benteng terhadap kesan negatif dari ketidaktentuan luaran.
01:25Boleh berkata demikian dalam program niagawani pada Isnin.