Thailand menarik permohonan pelaburan bernilai 431.2 bilion baht (RM55.6 bilion) pada suku pertama (1Q) 2025, meningkat 97 peratus berbanding tempoh sama pada 2024, menurut Lembaga Pelaburan Thailand (BOI).
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Assalamualaikum, anda bersama saya Pia Anadja untuk ASEAN 25 dan ini adalah perkembangan pertama Thailand.
00:07Menarik permohonan pelaburan bernilai 431.2 bilion baht pada suku pertama 2025 meningkat 97% berbanding tempoh sama pada 2024.
00:18Menurut setiausaha agung lembaga pelaburan Thailand BOI, permohonan pelaburan suku pertama Thailand,
00:24catat peningkatan disumbangkan projek infrastruktur berskala besar termasuk lonjakan lima kali ganda dalam pelaburan asing untuk pusat data.
00:35Tambahnya pelabur domestik dan asing mengemukakan 822 permohonan projek sepanjang Januari hingga Mac meningkat 20% berbanding suku pertama 2024.
00:46Daripada jumlah itu, 618 permohonan adalah daripada pelabur asing.
00:50Menurut rekod BOI, permohonan pelaburan langsung asing FDI sepanjang Januari Mac berjumlah 267.7 bilion baht iaitu peningkatan 62% berbanding tahun sebelumnya.
01:05Jelasnya syarikat berpangkalan di Hong Kong mendahului senarai FDI suku ini dengan jumlah pelaburan 135.16 bilion baht atau separuh daripada keseluruhan komitmen FDI dalam tempoh itu.
01:18Ini termasuk 72.7 bilion baht dalam sektor digital sahaja.
01:24China dikedudukan kedua dengan pelaburan 47.3 bilion baht tertumpu pada industri logam, elektronik dan automotif.
01:33Manakala Singapura dikedudukan ketiga dengan 38.1 bilion baht melibatkan projek dalam sektor elektrik dan elektronik E&E serta digital.
01:42Tahun lalu jumlah keseluruhan permohonan pelaburan di Thailand meningkat 35% kepada paras tertinggi dalam 10 tahun iaitu 1.14 bilion baht.