Pelelong yang dilantik mahkamah menawarkan harga permulaan sebanyak 128 juta dolar amerika bagi rumah dua tingkat itu, namun, tiada sebarang biadaan diterima setakat ini.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Usaha pihak berkuasa Myanmar untuk melelong rumah agam milik Ong San Suu Kyi di Jalan Universiti Avenue gagal untuk kali keempat.
00:10Pelelong yang dilantik mahkamah menawarkan harga permulaan sebanyak $128 juta Amerika bagi rumah dua tingkat itu, namun tiada sebarang bidaan yang diterima setakat ini.
00:20Rumah yang pernah menjadi tempat tahanan rumah Suu Kyi selama bertahun-tahun menyimpan sejarah penting dalam perjuangan demokrasi Myanmar.
00:32Suu Kyi yang kini dipenjarakan sejak rampasan kuasa tentera pada 2021 masih memiliki separuh hak ke atas hartanah tersebut manakala separuh lagi dimiliki abang kandungnya.
00:43Sepanjang era demokrasi singkat Myanmar selepas 2010, rumah itu menjadi pusat pentadbiran kerajaan awam pimpinan Suu Kyi dan menerima lawatan rasmi pemimpin dunia seperti Barack Obama dan Hillary Clinton.
00:57Ejen hartanah tempatan menyatakan harga rumah bersaiz serupa di kawasan elit Yangon lazimnya bernilai antara $1 juta hingga $2 juta sahaja, jauh lebih rendah daripada nilai yang ditetapkan oleh pelelong.
01:13Terima kasih telah menonton!