Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Sektor semikonduktor Malaysia menjadi nadi penting kepada rantaian bekalan global, dan lebih penting lagi, kepada keperluan domestik AS yang tidak mudah diganti dalam masa singkat.

Pengarah Program MBA, Putra Business School, Prof Dr Ahmed Razman Abd Latif berkata langkah Washington memberikan jeda adalah isyarat jelas bahawa dasar tarif yang terlalu agresif turut memberi tekanan kepada ekonomi AS sendiri.
Transcript
00:00Keputusan AS memberi ruang untuk berunding menaiki tarif timbal balik kepada kebanyakan rakan dagang, termasuk Malaysia, selama 90 hari, lebih memberi tekanan kepada AS berbanding Malaysia sendiri.
00:12Menurut pengarah program MBA Putra Business School, Prof. Dr. Ahmad Razman Abdul Latif, Amerika kini berdepan dilema apabila sebahagian besar keperluan industri-nya, terutama dalam sektor teknologi dan semikonduktor, sangat bergantung kepada komponen dihasilkan Malaysia.
00:25Oleh itu, saya melihat, saya masih berdapat bahawa dalam rundingan ini, kemungkinan sektor-sektor utama yang masih lagi diperlukan oleh AS akan kekal, tidak ada tarif dan disebabkan itu, apabila rundingan dilakukan, ianya hanya akan menjurus kepada sektor-sektor yang mungkin terkesan, yang mungkin akan dikenakan tarif.
00:52Oleh itu, kedua pihak akan memulakan ataupun meneruskan perundingan ini dengan mencari common ground, iaitu bersetuju, sesetengah sektor tidak akan dikena tarif, maka fokusnya hanya kepada sektor yang tertentu saja.
01:08Kemungkinan sektor furniture atau perabot, pakaian dan juga sesetengah barangan berasaskan getah dan minyak sawit.

Recommended