Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Seorang lelaki maut akibat terkena tembakan senapang patah buatan sendiri dalam kejadian di kawasan hutan Tebu Hitam, Rompin, Pahang, Ahad lalu.
Transcript
00:00Seorang lelaki maut akibat terkena tembakan senapang patah buatan sendiri dalam kejadian di kawasan hutan Tebu Hitam, Rompin, Pahang, Ahad lalu.
00:14Mangsa berusia 62 tahun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian dada selepas senapang dibawanya meletup dan terkena jari kelingking tangan kanannya sebelum tembakan mengenai sisi dada kanan.
00:30Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahya Osman, siasatan mendapati mangsa sedang menjalankan aktiviti memburu secara haram bersama enam rakannya sebelum kejadian berlaku.
00:39Laporan awal diterima pada Ahad lalu daripada seorang lelaki berusia 54 tahun yang memaklumkan mengenai kematian mengejut rakannya semasa memburu di hutan Tebu Hitam.
00:50Hasil berdasiasat di HTAA, Kuantan, sahkan punca kematian sebagai gunshot injury to the chest dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut SDR.
01:00Susulan itu, polis menahan lima lelaki berusia antara 35 hingga 67 tahun dan seorang lelaki orang asli berusia 46 tahun yang disyaki terlibat dalam aktiviti pemburuan haram.
01:11Turut dirampas lima laras senapang patah buatan sendiri, satu laras senapang patah jenis Benelli Army Yuyuri Bino serta 25 butir peluru penabur bagi membantu siasatan.
01:22Kes disyiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 7 tahun atau denda maksimum RM10,000 atau keduanya jika sabit kesalahan.

Recommended