Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) mencadangkan penjenamaan semula temasya Sukan SEA kepada “Sukan ASEAN” bagi mempromosikan identiti serantau yang lebih kukuh.

Pengerusi ASEAN-BAC, Tan Sri Nazir Razak berkata, cadangan itu merupakan salah satu daripada 12 inisiatif utama yang telah dibentangkan sebagai usaha meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam pembangunan sukan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN atau ASEAN-BEC mencadangkan penjenamaan semula termasya sukan C kepada sukan ASEAN untuk mempromosikan identiti serantau yang lebih kukuh.
00:11Pengurusi ASEAN-BEC, Tan Sri Nazir Razak berkata cadangan itu merupakan salah satu daripada 12 inisiatif utama yang telah dibentangkan sebagai usaha untuk meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam pembangunan sukan.
00:23Beliau berkata langkah itu selaras dengan aspirasi memperkukuhkan identiti ASEAN dan memudahkan penajaan merentasi negara anggota.
00:33Jelasnya ini dapat memperbaiki struktur penganjuran termasya sedia ada yang kerap dikritik kerana terlalu bergantung kepada kemampuan dan cita rasa negara penganjur.
00:53Penasihat Perniagaan ASEAN
01:23merupakan pelan jangka panjang.
01:25Projek itu termasuk penubuhan entiti perniagaan ASEAN, inisiatif pasaran modal swasta ASEAN, prospektus IPO ASEAN yang seragam, kerangka karbon bersama ASEAN dan platform pertukaran digital berpusat di Malaysia.
01:38Turut menjadi tumpuan adalah usaha meningkatkan mobiliti bakat melalui pembangunan kerangka visa yang fleksibel dan membolehkan pelajar bekerja di mana-mana negara ASEAN.

Recommended