Menurut Pusat Penyelaras ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaan dalam Pengurusan Bencana (AHA Centre), fenomena itu menjejaskan ribuan penduduk dan menyebabkan ramai kehilangan tempat tinggal.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Ok, selanjutnya sebanyak 18 bencana alam melanda Asia Tenggara sepanjang minggu lepas termasuk letusan gunung berapi, banjir dan juga ribut menurut Pusat Penyelarasan ASEAN bagi bantuan kemanusiaan dalam pengurusan bencana atau AHAR Center.
00:16Fenomena itu menjejaskan ribuan penduduk dan menyebabkan ramai hilang tempat tinggal.
00:21Di Indonesia, bencana alam melanda beberapa wilayah termasuk Banten, Jawa Tengah, Nusa Tenggara Timur, Riau, Sulawesi Tengah dan Sulawesi Utara.
00:33Sementara itu bagi Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara atau NADMA melaporkan kejadian banjir di Sabah dan Pahang.
00:40Manakala Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan Filipina merekodkan banjir di Mindanao serta letusan gunung bulusan.
00:47Letusan pada 28 April itu memuntahkan asap setinggi 4,500 meter, menjejaskan hampir 143,000 penduduk di kawasan sekitar.
00:58Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Thailand pula melaporkan kejadian banjir, ribut dan bencana alam berkaitan angin di sekurang-kurangnya 23 wilayah.
01:07Di Vietnam, pihak berkuasa pengurusan bencana melaporkan kerusakan akibat ribut dan angin kencang di wilayah seperti Son La, Kontum, An Giang, Bak Can dan Kian Giang dari 28 April hingga 4 Mei.
01:20Di Myanmar pula, angka terkini daripada Jabatan Pengurusan Bencana menunjukkan gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter yang melanda Mandalay pada 28 Mac mengakibatkan sekurang-kurangnya 3,785 kematian, 92 orang hilang dan lebih 5,100 cedera.
01:40Hampir setengah juta orang terjejas dengan 39,000 hilang tempat tinggal.
01:45Terima kasih kerana menonton!