Vietnam sedang mengkaji langkah untuk memajukan industri halal agar dapat menarik lebih ramai pelancong Muslim melawat negara mereka.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Sektor pelancongan halal di Vietnam kini mencatatkan pertumbuhan pesat berikutan permintaan yang semakin meningkat di kalangan pelancong Muslim global.
00:09Menurut Dr. Trin T. Tuha, Rektor Kolej Perdagangan dan Pelancongan Hanoi, pelancongan berasaskan keperluan Muslim kini menjadi satu trend global yang penting.
00:21Secara global, populasi umat Islam melebihi 1.9 bilion.
00:26Industri ini dianggarkan bernilai sekitar $266 bilion Amerika pada 2023 dan dijangka mencecah $276 bilion tahun ini serta meningkat kepada $350 bilion menjelang 2030.
00:42Sebagai langkah sokongan, Perdana Menteri Vietnam Pan Min Chin telah meluluskan strategi kebangsaan untuk memajukan industri halal negaranya menjelang tahun 2030.
00:52Vietnam juga telah menubuhkan pihak berkuasa pensijilan halal Vietnam tahun ini, disamping memperkenalkan piawaian kebangsaan untuk produk dan perkhidmatan halal.
01:02Dalam perkembangan lain, pengarah Health Cert Ramlan Osman menegaskan bahawa pelancongan mesra Muslim memerlukan pematuhan ketat terhadap kriteria tertentu, termasuk makanan halal, kemudahan solat dan privasi dalam aktiviti hiburan.
01:15Ramlan juga berkata cabaran utama yang dihadapi pelancong Muslim adalah soal makanan kerana walaupun masakan Vietnam terkenal enak, ia perlu memenuhi piawaian halal bagi memastikan ia boleh dinikmati.
01:27Terima kasih telah menonton!