DAP Sabah tidak berminat bermain politik, malah mahu memberi fokus kepada penyelesaian jelas kepada cabaran yang mendesak di negeri itu selain menyampaikan kemajuan sebenar.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00DAP Sabah tidak berminat bermain politik malah mahu memberi fokus kepada penyelesaian jelas kepada cabaran yang mendesak di Sabah selain menyampaikan kemajuan sebenar.
00:12Pengurusi DAP Sabah Fung Jin Zee berkata, landscape politik negeri yang berubah-ubah dan sukar diramal memaksa parti itu terus memberi tumpuan kepada menyokong dasar yang kukuh dalam persediaannya untuk menghadapi pilihan raya negeri Sabah akan datang.
00:27Fung berkata perbincangan mengenai pakatan politik adalah terlalu awal tetapi DAP Sabah tetap terbuka kepada mana-mana parti yang berkongsi haletujunya.
00:39Beliau turut meminta parti itu bergantung kepada statistik untuk membuktikan kesannya dalam kerajaan persekutuan dan negeri bagi membuktikan kepada rakyat keupayaannya.
00:49Fung berkata demikian dalam satu kenyataan selepas pemukiman DAP Sabah baru-baru ini yang memberi tumpuan kepada haletujuh dasar dengan pemimpin parti yang memegang portfolio menteri dan timalan menteri membentangkan pencapaian kementerian masing-masing setakat ini.
01:07Perusi DAP Kebangsaan Gobin Singh Dio berkata seiring dengan persiapan menghadapi pilihan raya negeri PRN Sabah, pemukiman berkenaan berjaya menghimpunkan pemimpin peringkat kebangsaan, negeri dan akar umbi dalam usaha mencapai kesepakatan serta memastikan penjajaran strategik.
01:26Tegasnya PRN akan datang ini harus dihadapi dengan semangat dinamik dan bersatu padu serta memberi lebih lagi tumpuan kepada dasar dan inisiatif.
01:37Perteraskan rakyat di samping membina kerjasama kuku dengan rakan strategik yang tepat.