Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Datuk Christina Liew berkata kawasan pelancongan popular seperti Taman Kinabalu mempunyai liputan rangkaian yang baik, dengan pengunjung hanya mengalami masalah minimum.
Transcript
00:00Ketersambungan internet di destinasi pelancongan utama Sabah secara umumnya stabil walaupun kawasan di luar bandar masih berdepan cabaran.
00:09Tatkala negeri itu bersiap sedia untuk tahun melawat Malaysia 2026 VM26.
00:15Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Kristina Liu berkata kawasan pelancongan popular seperti Taman Kinabalu mempunyai liputan rangkaian yang baik dengan pengunjung hanya mengalami masalah minimum.
00:30Ia termasuk di sayat-sayat had di Gunung Kinabalu, pelancong dapat menikmati kualiti internet yang sangat baik.
00:38Namun ketersambungan internet di kawasan luar bandar yang mempunyai banyak lokasi tarikan pelancongan memerlukan penambahbaikan untuk membolehkan pengunjung menikmati pengalaman lebih menarik.
00:49Kristina menyeru syarikat telekomunikasi supaya meningkatkan infrastruktur serta kualiti perkhidmatan terutama di kawasan yang menjadi tumpuan dan dikunjungi ramai pelancong.
01:00Pada 26 April lalu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadil mahu suruhan jaya komunikasi dan multimedia Malaysia MCMC serta syarikat telekomunikasi meneliti serta merangka penyelesaian segera bagi peningkatan kualiti internet di kawasan pelancongan di Sabah lebih-lebih lagi menjelang tahun melawat Malaysia 2026.
01:20Ia bagi memastikan pelancong dapat menikmati kelajuan internet untuk berkongsi pengalaman mereka mengenai keindahan negara khususnya di Sabah selain menikmati perkhidmatan terbaik.

Recommended