Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Kad Nusuk ada butiran peribadi jemaah haji, jangan lupa bawa kerana pemeriksaan sekitar Masjidil Haram semakin ketat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, walau ke mana sahaja pergi, Jemaah Haji dinasihatkan membawa kad nusuk.
00:05Ini penting bagi mengelak sebarang kesulitan apabila pihak berkuasa Arab Saudi melakukan pemeriksaan, terutama di lokasi masuk Masjidil Haram.
00:16Ketua Rombongan Haji Malaysia, Muhammad Isyam Harun berkata, Jemaah Haji perlu segera melaporkan kepada tabung haji TH sekiranya kad nusuk hilang.
00:25Malaysia menjadi negara pertama memperolehi kad nusuk di luar Arab Saudi dan ia memudahkan pengurusan TH sejak di lapangan terbang antarabangsa KLIA.
00:34Saya ingin mengalunkan bahawa kad nusuk adalah satu kad yang amat penting yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi melalui Kementerian Haji dan Umrah
00:45di mana ia merupakan satu bentuk identifikasi Jemaah Haji yang diperkenalkan oleh Arab Saudi pada tahun lalu dan diteruskan juga pada tahun ini.
00:54kad ini adalah kad yang mengandungi maklumat lengkap berkaitan dengan Jemaah Haji sama ada nombor pasportnya, nombor visanya dan juga mempunyai QR kod
01:03di mana pihak berkuasa Arab Saudi akan mengimbas QR kod ini untuk mengesahkan visa yang ada pada Jemaah Haji adalah visa yang sah.
01:11Jadi adalah amat penting supaya setiap Jemaah Haji sentiasa membawa kad nusuk ini ke mana sahaja mereka pergi.
01:19Jadi kad ini adalah kad yang membantu pihak berkuasa Arab Saudi untuk mengenal pasti Jemaah Haji
01:28kerana cuma Jemaah Haji yang sah sahaja, yang mempunyai visa haji yang sah sahaja yang dibenarkan masuk terutamanya ke dalam kuasa Mekah dan Bukar Rabah ini.
01:38Jadi Jemaah Haji adalah dianjurkan atau tersiasa pakai kad nusuk ini kerana terdapat checkpoint-checkpoint.
01:48apabila mereka hendak pergi ke Masjid Haram, pihak berkuasa Arab Saudi akan memeriksa sama ada mereka mempunyai kad yang sah.
01:55Jadi saya sarankan kepada semua Jemaah Haji sentiasa membawa kad ini ke mana sahaja mereka pergi.
02:02Katanya TH telah bekerjasama dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bersama pengendali bagi Jemaah Haji Malaysia iaitu Syarikat Masyarik Holdings atau Al-Masiyah.
02:11Bagaimanapun katanya bagi Jemaah Haji yang masih belum menerima kad nusuk, TH juga boleh memberi kad salinan visa haji dalam proses mendapatkan kad nusuk.
02:22Pihak berkuasa Arab Saudi semakin hari meningkatkan kawalan dan mereka tidak teragak-agak mengenakan tindakan tegas ke atas Jemaah yang tidak memiliki kad nusuk.

Recommended