Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) pada Isnin membekukan geran bantuan penyelidikan bernilai berbilion dolar ke atas Universiti Harvard sehingga universiti elit itu memenuhi beberapa tuntutan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bertemu kembali, Jabatan Pendidikan AS membekukan geran bantuan penyelidikan bernilai berbilion dolar ke atas Universiti Harvard.
00:08Pegawai kanan jabatan itu memaklumkan geran akan dicairkan apabila universiti elit itu memenuhi beberapa tuntutan pentadbiran Presiden AS, Donald Trump.
00:18Langkah ini merupakan tindakan terbaru pentadbiran Trump yang sanggup menggunakan kuasa persekutuan untuk memaksa pelbagai institusi daripada firma guaman hingga universiti membuat perubahan dasar yang menyeluruh atau berdepan kehilangan berbilion dolar dalam geran dan kontrak persekutuan.
00:37Universiti Harvard disasarkan berikutan dawaan antisemitik di kampus semasa protes pro-plastin.
00:43Antara lain, protes itu tercetus akibat serangan tentera sekutu AS, Israel, ke atas Gaza selepas serangan Hamas, Palestine, kata Israel pada Oktober 2023.
00:55Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, pentadbiran Trump meningkatkan tindakan mereka terhadap Harvard.
00:59Mereka memulakan semakan rasmi terhadap hampir $9 bilion Amerika Dana Persekutuan untuk Harvard menuntut universiti itu mengharamkan amalan kepelbagaian, kesaksamaan dan inklusiviti dan mengambil tindakan keras terhadap beberapa kumpulan pro-Palestin dan pemakaian topeng dalam protes.
01:17Harvard menolak banyak tuntutan Trump bulan lalu menyifatkannya sebagai serangan terhadap kebebasan bersuara dan akademik.
01:24Mereka juga menyaman pentadbiran Trump selepas ia menggantung kira-kira $2.3 bilion dana persekutuan untuk institusi pendidikan itu sambil berjanji untuk menangani diskriminasi di kampus.

Recommended