Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, umum Washington akan menghentikan semua serangan udara ke atas kumpulan Houthi di Yaman, pada Selasa.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, umum Washington akan menghentikan semua serangan udara ke atas kumpulan Houthi di Yaman pada Selasa.
00:09Ini selepas kumpulan yang disokong Iran itu didakwa bersetuju untuk tidak lagi mengganggu laluan pekapalan utama di Asia Barat.
00:20Trump berkata keputusan itu dibuat selepas Houthi memberi jaminan bahawa mereka tidak lagi akan menyerang kapal-kapal Amerika Syarikat di Laut Merah dan Selat Bab Al-Mandab.
00:30Sementara itu, kerajaan Onman mengesahkan ia menjadi perantara utama dalam mencapai persetujuan gencatan senjata tersebut yang disifatkan sebagai perubahan besar dalam pendirian Houthi sejak tercetusnya konflik Israel-Gaza pada Oktober 2023.
00:45Menurut kenyataan rasmi Onman, di bawah perjanjian itu kedua-dua pihak Amerika Syarikat dan Houthi bersetuju untuk tidak mesasarkan satu sama lain termasuk terhadap kapal Amerika Syarikat di Laut Merah dan Selat Bab Al-Mandab.
00:57Namun begitu, kenyataan itu tidak menyebut sama ada kumpulan Houthi akan menghentikan serangan ke atas Israel.
01:03Ketua Majlis Politik Tertinggi Houthi, Mahdi Al-Mashad, menegaskan kumpulan itu akan terus menyokong perjuangan Gaza dan meneruskan serangan ke atas Israel.
01:11Amerika Syarikat mempertingkatkan kempen ketenteraan terhadap Houthi sejak pertengahan Mac melalui operasi Rough Rider dengan lebih seribu sasaran telah dibedil dan ratusan pejuang serta pemimpin Houthi dilaporkan terbunuh.
01:24Terima kasih.
01:26Terima kasih.

Recommended