Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Bayi dua bulan parah disyaki didera: Suami isteri direman

Sepasang suami isteri muda direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Seksyen di Melaka pada Rabu kerana disyaki mendera bayi lelaki mereka yang berusia dua bulan hingga parah dalam kejadian di Sungai Petai, Alor Gajah.

Pasangan tersebut, masing-masing berusia 22 tahun dan merupakan penganggur, ditahan polis pada jam 7.30 malam Selasa lalu sebelum dibawa ke mahkamah pada jam 9.15 pagi Rabu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727106/berita/semasa/bayi-parah-disyaki-didera-suami-isteri-direman-tujuh-hari

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #dera #Melaka
Transcript
00:00Sepasang suami isteri muda direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Seksyen di Melaka pada Rabu kerana disyaki mendera bayi lelaki mereka yang berusia dua bulan hingga parah dalam kejadian di Sungai Petai, Alor Gajah.
00:12Pasangan tersebut, masing-masing berusia 22 tahun dan merupakan penganggur, ditahan polis pada jam 7.30 malam selasa lalu sebelum dibawa ke mahkamah pada jam 9 suku pagi Rabu.
00:22Hakim Hadir Yassiri membenarkan perintah Rehman terhadap kedua-dua suspek bermula Rabu hingga selasa depan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31 Kurungan 1 Kurungan A Akta Kanak-Kanak 2001.
00:35Sinar Harian pada Rabu melaporkan bahawa bayi tersebut kini bertarung nyawa di hospital Melaka akibat mengalami pendarahan dalam kepala, luka dan lebam selepas dipercayai didera.
00:45Menurut sumber, insiden menimpa bayi tunggal pasangan itu terbongkar selepas si ibu membawa anaknya ke hospital Alor Gajah dengan mendakwa bayi tersebut mengalami sawan.
00:56Sebaik tiba di hospital, bayi malang itu didapati tidak sedarkan diri sebelum wanita berkenaan menghilangkan diri dipercayai pulang ke rumah.
01:04Bayi itu kemudian dirujuk ke hospital Melaka.
01:07Pemeriksaan oleh doktor pakar menemui kesan lebam dan luka pada badan serta leher bayi selain pendarahan lama dan baharu dalam kepala.
01:14Doktor yang merawat mangsa membuat laporan polis selepas mengesyaki bayi tersebut menjadi mangsa penderaan.
01:21Difahamkan, si bapa turut menepuk dada bayi tersebut beberapa kali kerana berang dengan tangisannya, manakala si ibu disyaki telah menghempas bayi itu ke lantai.
01:29Terima kasih telah menonton!

Recommended