Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
Warga Thailand didakwa liwat pelajar

Seorang warga Thailand yang bekerja di sebuah rumah ibadat didakwa di Mahkamah Sesyen di Melaka, pada Rabu atas tuduhan meliwat pelajar berusia 13 tahun.

Tertuduh yang juga guru agama di Bukit Rambai, Malkan Maha,28, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Haderiah Siri.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/727146/berita/semasa/warga-thailand-didakwa-liwat-pelajar

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah
Transcript
00:00Seorang warga Thailand yang bekerja di sebuah rumah ibadat didakwa di Mahkamah Session di Melaka
00:05pada rabu atas tuduhan meliwat pelajar berusia 13 tahun.
00:09Tertuduh yang juga guru agama di Bukit Rambai,
00:12Malkan Maha 28 tahun bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah
00:17sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Hadir Yassiri.
00:22Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabi
00:27tanpa kerelaan mangsa yang berusia 13 tahun.
00:31Kesalahan itu didakwa dilakukan di Solok Setulang Daing, Bukit Rambai di Melaka
00:36antara jam 10 hingga pukul 11 malam, 20 Februari lalu.
00:41Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan
00:46yang memperuntukkan hukuman penjara antara 5 hingga 20 tahun dan sebatan.
00:51Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM15,000
00:54dengan dua orang penjamin warga Malaysia serta syarat tambahan iaitu
00:59tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan
01:02selain menyerahkan pasport kepada mahkamah.
01:05Mahkamah turut memerintahkan tertuduh melapor diri setiap satu hari bulan
01:09di balai polis berhampiran serta menetapkan 10 Jun depan
01:13sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.
01:17Sinar harian pada 23 April lalu melaporkan lelaki warga Thailand
01:21di reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes meliwat
01:24dan mencabur seorang kanak-kanak lelaki.
01:28Sumber berkata, perbuatan jijik suspek didakwa terbongkar
01:31selepas mangsa yang kini berusia 13 tahun
01:34menceritakan perbuatan jahat suspek kepada ibunya.

Recommended