Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
India mendedahkan rakaman serangan ketenteraan ke atas satu lokasi di Pakistan, yang digambarkan sebagai tindak balas setimpal ke atas serangan negara jiran itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tentera India mendedahkan rakaman serangan ketenteraan ke atas satu lokasi di Pakistan yang disifatkan sebagai tindak balas setimpal ke atas serangan negara jiran itu.
00:11Dalam satu hantaran di Platform X, India mendakwa tentera Pakistan melakukan pelanggaran kejataan-kejata awal di sepanjang sempadan wilayah Kashmir yang menjadi rebutan antara kedua-dua negara itu.
00:24Menurut kenyataan itu, mereka juga berjaya mematahkan serangan dron yang dilakukan Pakistan.
00:29Namun Reuters tidak dapat mengesahkan tarikh dan lokasi sebenar rakaman tersebut.
00:34Sementara itu, dalam rakaman yang dikeluarkan beberapa hari lalu oleh tentera India menunjukkan serangan ke atas lokasi yang disifatkan sebagai kem pengganas di Pakistan dan wilayah Kashmir yang ditakbir Pakistan.
00:44Video yang dimuat naik tentera India di Platform X memaparkan dua lokasi yang didakwa sebagai kem pengganas Mehmuna Joya di Siakot dan kem pengganas Golpur di Kotli dengan caption yang menyatakan bahawa sesaran tersebut berjaya dimusnahkan.
00:59Menurut jurul cakap tentera, serangan tersebut menggunakan senjata berketepatan tinggi untuk menyasarkan kem pengganas yang berfungsi sebagai pusat perekrutan, pelancaran serangan, indoktrinasi serta menyimpan senjata dan menjalankan latihan.
01:14Ketegangan tercetus selepas India melancarkan serangan ke atas beberapa lokasi yang didakwanya sebagai kem pengganas di Pakistan pada Rabu lalu sebagai tindak balas terhadap serangan maut di wilayah Bergolak, Kashmir bulan lalu.
01:25India mendakwa Pakistan terlibat dalam insiden berdarah itu tetapi Pakistan menafihkan dawaan itu.
01:31Sejak serangan itu berlaku, kedua-dua negara saling melancarkan serangan rentas sempadan termasuk peluru berpandu yang menceroboh ruang udara masing-masing.
01:39India dan Pakistan, kedua-duanya memiliki senjata nuklear, mempunyai sejarah permusuhan panjang khususnya berkaitan isu Kashmir dan telah beberapa kali berada di ambang peperangan sejak beberapa dekad lalu.

Recommended