Satu perbincangan akan diadakan dengan kepimpinan tertinggi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) bagi menggariskan dasar strategik dalam pengurusan aset serta pembangunan modal insan masyarakat islam di negara ini.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Satu perbincangan akan diadakan dengan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia, PERKIM, bagi menggariskan dasar strategik dalam pengurusan aset serta pembangunan modal insan masyarakat Islam di negara ini.
00:15Yang dipertua PERKIM, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bagi tempoh 2025 hingga 2028, latihan teknikal yang bersesuaian dengan keperluan ekonomi baru juga dilihat signifikan bagi menggerakkan amanah PERKIM dengan efisien dan jayanya.
00:31Kita bincang dengan pimpinan PERKIM mengenai dengan konsep kebajikan ini. Saya rasa ia lebih jauh daripada kebajikan yang kita faham kerana kalau kita lihat masyarakat Islam di negara Malaysia,
00:55mereka mempunyai aset dan aset wakaf ini harus kita uruskan dengan baik mengikut syariat Islam.
01:08Dia akan memberi pulangan ekonomi yang besar kepada masyarakat Islam itu.
01:16Tambahnya, dasar itu juga akan mengetengahkan konsep dakwah bilhal ataupun berdakwah menerusi perbuatan yang dilihat mampu menyemaratkan hubungan akrab masyarakat majmuk rakyat Malaysia.
01:29Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat agung tahunan PERKIM kebangsaan kali ke-64 di Institut Latihan Islam Malaysia Bangi pada Sabtu.