[TERKINI] PAP kekalkan majoriti lebih dua pertiga
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Parti Tindakan Rakyat PAP Singapura berjaya mengekalkan majoriti melebihi 2 per 3 dalam Pilihan Raya Umum 2025, PRU 2025, dengan pemenangi 87 daripada 97 kerusi parlimen.
00:13Keputusan rasmi diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Han Kok Juan bagi setiap bahagian Pilihan Raya dan disiarkan secara langsung di televisyen.
00:22Keputusan turut boleh diakses menerusi laman web Jabatan Pilihan Raya ELD.
00:26PAP memperoleh kemenangan besar dengan 65.57% undi popular, mencatat peningkatan lebih 4 mata peratusan berbanding keputusan pada 2020.
00:385 kerusi dimenangi tanpa bertanding di kawasan undi perwakilan kumpulan GRC Berin Parade, Brattle Heights pada hari penamaan calon.
00:46Kemenangan bergaya ini mencerminkan mandat kukuh kepada Perdana Menteri Sementara, perangkap setiusa agung PAP Lawrence Wong,
00:53yang mengetuai parti itu dalam pilihan raya umum buat kali pertama.
00:58Dalam pilihan raya kali ini, PAP bertanding di kesemua 33 bahagian pilihan raya,
01:02berangkumi 13 kawasan undi perseorangan SMC dan 18 GRC.
01:08PAP memenangi 83 daripada 93 kerusi dengan 61.2% undi.
01:13Dalam hal itu, Parti Pembangkang Utama Parti Pekerja WP gagal mencatat sebarang kemenangan baru,
01:20namun berjaya mengekalkan 10 kerusi yang dimenangi pada PRU 2020,
01:24iaitu SMC Hogan, GRC Sengkang dan GRC Aljunit.
01:30Keputusan pilihan raya itu turut mengecewakan tokoh veteran pembangkang,
01:33setiusa agung STP, Dr. Chi Sun Juan,
01:36yang juga merupakan sebahagian daripada landscape politik negara sejak 1992,
01:41setelah tewas kepada calon PAP, Poh Lee Sun,
01:44di SMC Sembawang West yang baru diwujudkan.
01:48Dua calon bebas di SMC Radin Mas dan SMC Mountbatten,
01:52masing-masing berjaya menyelamatkan deposit $13,500 Singapura
01:56selepas memperoleh sekurang-kurangnya 12.5% undi.
02:00Keputusan akhir diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya,
02:03Han Kok Juan bagi GRC Tempenes pada pukul 1.50 pagi Ahad.
02:08PRU 2025 merupakan pilihan raya umum ke-19 di Singapura
02:12dan yang ke-14 sejak negara itu merdekah pada 1965.