Israel mendesak Qatar agar berhenti bersikap berkecuali dalam rundingan Gaza, ketika usaha gencatan senjata terus gagal akibat syarat yang tidak sehaluan antara pihak terlibat.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Israel menyeru Qatar selaku pengantara utama dalam rudingan dengan Hamas agar berhenti menunjukkan pendirian yang bercanggah.
00:08Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri Israel pada Sabtu, Qatar diminta memilih sama ada berpihak kepada Israel atau kepada Hamas.
00:19Bagaimanapun Qatar menolak kenyataan tersebut dan menilainya sebagai kenyataan yang bersifat hasutan serta tidak bertanggungjawab dari segi politik dan moral.
00:27Ketika ini pengantara dari Qatar dan Mesir sedang berusaha mempulihkan semula kejataan senjata.
00:33Namun rudingan masih gagal mencapai persetujuan kerana kedua-dua pihak enggan berkompromi terhadap tertutupan utama masing-masing selain saling menuding jari atas kegagalan tersebut.
00:44Jurucakap Kementerian Luar Negeri Qatar Majid Al-Ansari menegaskan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri Israel berupakan bentuk hasutan yang tidak mencerminkan asas tanggungjawab politik dan moral.
00:55Al-Ansari turut mengkritik naratif yang menggambarkan konflik Gaza sebagai usaha mempertahankan tamadun dan menyamakannya dengan rejim sejarah yang menggunakan hujah palsu untuk membenarkan kekejaman terhadap orang awam.
01:08Beliau mempersoalkan sama ada kejayaan pembebasan 138 tebusan sebelum ini dicapai melalui kekuatan ketenteraan atau hasil daripada usaha rundingan yang kini sedang diganggu dan diperlekehkan oleh pihak tertentu.
01:21Al-Ansari turut menekankan situasi kemanusiaan yang semakin memburuk di Gaza termasuk sekatan ketat, kebuluran yang disengajakan, kekurangan ubat-ubatan serta tempat perlindungan dan penggunaan bantuan kemanusiaan sebagai alat tekanan politik.
01:36Terima kasih.
01:37Terima kasih.