Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Donald Trump memuat naik imej AI dirinya sebagai pope di Truth Social, mencetuskan kemarahan penganut Katolik menjelang konklaf pemilihan ketua baharu Gereja Katolik.
Transcript
00:00President Donald Trump menyiarkan satu gambar berasaskan kecerasan buatan AI yang menggambarkan dirinya sebagai Pope.
00:07Tindakan itu berlaku hanya beberapa hari sebelum perhimpunan kardinal untuk memilih ketua baru gereja katolik yang dianggutai lebih 1.4 bilion penganut dan selepas beliau secara berseluruh menyatakan hasrat menjadi Pope.
00:21Trump yang bukan pengaduk katolik dan jarang menghadiri upacara keagamaan memuat naik imej itu ke platform TrueSocial lewat malam Jumaat.
00:31Tidakkan itu hanya beberapa hari selepas beliau menghadiri upacara pengembabian Pope Francis yang meninggal dunia pada usia 88 tahun bulan lalu.
00:40White House kemudiannya menyiarkan semula gambar berkenaan melalui akaun rasmi mereka di platform X mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna internet.
00:48Imej tersebut memaparkan Trump duduk tanpa senyuman di atas kerusi berhias indah mengenakan jubah Pope dan penutup kepala putih dengan jari telunjuk kanannya diangkat tinggi.
00:59Tindakan Trump yang dianggap tidak menghormati agama menimbulkan kemarahan segera di platform X termasuk daripada Republikan Anti-Trump yang menyifatkan perbuatan itu sebagai satu penghinaan terang-terangan terhadap penganut katolik dan satu ejekan kepada kepercayaan mereka.
01:13Judul cakap Vatican Matteo Bruni enggan memberikan sebarang komen berkaitan imej tersebut semasa sesi taklimat bersama media mengenai proses pemilihan Pope yang dijadual bermula pada 7 Mei.