Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Seorang pendaki Malaysia terjatuh di laluan Toren, Gunung Rinjani; pasukan SAR digerakkan untuk operasi menyelamat sambil mangsa dibantu ketua rombongan dan pendaki lain.
Transcript
00:00Seorang pendaki warga Malaysia dilaporkan terjatuh di laluan toren Gunung Rinjani, Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat.
00:07Menurut kenyataan pihak berkuasa Taman Negara Gunung Rinjani, kejadian berlaku sekitar jam 12.30 waktu tempatan.
00:16Operasi mencari yang melamat kini sedang giat dijalankan oleh pelbagai agensi melibatkan puluhan anggota daripada Basarnas Mataram, Pasukan Perubatan dan Unit SAR Lombok Timur.
00:26Mangsa masih berada di lokasi kejadian dan kini dibantu oleh ketua rombongan bersama tiga anggota pasukan pendakian yang turut serta dalam ekspedisi tersebut.
00:37Pihak Taman Negara Gunung Rinjani memaklumkan bahawa pendaki tersebut, dikenali dengan inisial RAG, terjatuh di kawasan Banyu Urib berdasarkan maklumat jurupandu dari agensi Juan Adventure Rinjani.
00:48RAG dilaporkan memulakan pendakian melalui laluan sembalun pada 1 Mei bersama kumpulan yang terdiri daripada 23 orang pendaki lain, termasuk jurupandu.
00:58Pihak Taman Negara menegaskan bahawa walaupun pendakian merupakan suatu bentuk pengembaraan yang mencabar, keselamatan perlu sentiasa menjadi keutamaan utama bagi semua pendaki.
01:08Mereka turut menggesa sebuah pendaki agar sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling, saling membantu antara satu sampai lain, serta menghormati alam sekitar sepanjang pendakian.