Rennie Abdul Ghani, pendaki Malaysia, disahkan meninggal dunia selepas terjatuh di Gunung Rinjani, ketika operasi menyelamat masih giat diteruskan oleh pasukan SAR Indonesia.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Pihak berkuasa Indonesia masih meneruskan misi mencari Reni Abdul Ghani,
00:05pedaki Malaysia yang dilaporkan terjatuh di laluan toren Gunung Rinjani sejak tengah hari semalam.
00:11Namun adik mangsa mengesahkan kepada media tempatan bahawa Reni telah meninggal dunia.
00:16Akibat isiden tersebut, meskipun pasukan penyelamat masih berusaha mengesahkan lokasi dan keadaannya.
00:23Isiden berlaku sekitar jam 12.30 waktu tempatan berhampiran kawasan Banyu Ureb
00:28berdasarkan maklumat jurupandu dari agensi Juan Adventure Rinjani yang mengiringi ekspedisi pendakian.
00:35Reni memulakan pendakian melalui laluan Sembalon pada 1 Mei lalu bersama kumpulan yang terdiri daripada 23 pendaki
00:42termasuk jurupandu sebelum dilaporkan tergelincir di kawasan Curam.
00:47Operasi mencari dan menyelamat kini melibatkan puluhan anggota daripada Basarnas Mataram,
00:53unit SAR Lombok Timur serta pasukan perubatan yang dikerakkan ke lokasi kejadian sejak petang semalam.
01:00Menurut pihak Taman Negara Gunung Rinjani, mangsa masih berada di lokasi kejadian
01:05dan kini ditemani ketua rombongan bersama tiga lagi pendaki lain yang turut menyertai ekspedisi tersebut.
01:11Terima kasih kerana menonton!